i aM EykhA

Sunday, 28 September 2014

KAEDAH PEMBAYARAN BIL UTILITI MENERUSI LAMAN SESAWANG PAY- PAL

Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya.

1. Buka link http://www.paypal.com dan klik sign up.


2. Bila sudah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik ‘get started’ kat bahagian ‘premier’. 



 3. Selepas itu, isi  form yang keluar dengan maklumat yang betul. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh : Ahmad bin Abu, isi macam biasa.  Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh: Ahmad, isikan ‘first name’ dengan Ahmad dan ‘last name’ dengan Abu. Biarkan middle name kosong.


4. Bila sudah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ini, akan keluar gambar seperti di bawah. Step in, i anda isi saja no.kad, lepas itu tunggu email untuk step seterusnya.



5. Lupa pulak nak bagitahu, pada tahap ini PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain. Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal.

6. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari saja dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.

7. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia. Ok, 4 angka itu boleh dapatkan di statement maybank.

8. Terlebih dahulu, buat log in dulu maybank2u. Lepas itu, klik ‘accounts and banking’ di tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account’. Kemudian akan keluar gambar  sebagaimana gambar bawah ini.


9. Sila  klik ‘debit card history’,  Akhir sekali akan keluar statement. So, Dari mana hendak ambil 4 angka,  ambil selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tersebut dekat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal.




No comments:

Post a Comment